Jumaat, 29 April 2016

Mengenal Jenis-Jenis Pisang Yang Sedap DiBuat Kerepek

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.



                                                                     Pisang Abu/ Nipah

Antara jenis-jenis pisang yang terdapat di tanahair kita adalah seperti:

1. Pisang Abu atau dikenali juga dengan nama pisang nipah. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 11 hingga 15 sentimeter dan lebarnya 5 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .






                                                                       Pisang Nangka


2. Pisang NangkaPisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kekal hijau sehingga masak. Ianya berkulit teb dan senang dikupas. Satu tandan pisang nangka yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 4 hingga 6 sikat dengan bilangan 50 hingga 80 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 16 hingga 22 sentimeter dan lebarnya 5 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 6 meter .





                                                                     Pisang Tanduk

3. Pisang Tanduk Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas.Isinya berwarna kekuningan atau oren apabila masak. Satu tandan pisang tanduk yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 30 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 1 hingga 3 sikat dengan bilangan 10 hingga 20 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 5 hingga 7 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 30 hingga 40 sentimeter dan lebarnya 8 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Penamaan kultivar
Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbanganMusa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminata dengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. ×paradisiaca.
Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompokkultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok ‘Dwarf Cavendish’. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.

Contoh :
Kelompok AAB (triploid, partenokarpi): Pisang RajaPisang RastaliPisang Tanduk, pisang keling, pisang seribu, pisang kelat jambi
Kelompok AABB (tetraploid): Pisang abu baru
Kelompok ABB (triploid, partenokarpi): Pisang Abu KelingPisang Awak
Kelompok BBB (triploid): Pisang Nipah

FAEDAH-FAEDAH PISANG

 Perubatan
Getah pisang didapati mustajab untuk menyembuhkan luka. Caranya ialah dengan menyapukan getah pisang pada luka. Hasilnya, darah berhenti mengalir dan luka segera sembuh. Di samping itu juga, ia boleh digunakan sebagai penawar mengubati bisa akibat dipatuk ular atau disengat kala jengking.
Selain itu, bunga pisang boleh direbus dan airnya diminum bagi mengubati penyakit kencing manis. Kulit pisang boleh digunakan untuk merawat kudis. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada kudis, dua atau tiga kali sehari sehingga kudis sembuh.
Buah pisang pula boleh menjadi penyembuh kepada masalah sembelit. Caranya ialah dengan mengisar halus dua biji pisang bersama dua gelas air. Kemudian sejukkan jus tersebut di dalam peti ais selama setengah jam dan amalkan meminumnya sebanyak dua kali sehari. Jus pisang ini boleh melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Di samping itu juga, menurut perubatan Cina, pisang Kaki dipercayai amat berkesan untuk meredakan demam. Serbuk putih yang terdapat di permukaan buahnya baik untuk paru-paru dan jantung. Pisang jenis ini juga dipercayai berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Kecantikan
Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut, caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala.
Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk mendapatkan wajah yang halus dan licin.



KITA PERLU TAHU APA YANG KITA MAKAN DAN APA KHASIATNYA!!!!!! JOMMM!!! MAKAN KEREPEK PISANG!


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. cik mimah saya nak tanya... dimana saya boleh dapat sumber maklumat tentang pisang kelat jambi ye...

    BalasPadam